Save Preloader image

0%

Call Us 24/7 +6013-245 0842
Opening Hours Mon - Fri 9:00 am to 6:00 pm

Tempahan Honda Accord baharu dibuka

Honda Malaysia membuka tempahan bagi Honda Accord serba baharu di 100 pusat jualannya seluruh negara.

Honda Accord generasi ke-10 itu dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini, menjadikannya sebagai penanda aras bagi model segmen D, sedan eksekutif generasi seterusnya.

Accord pertama kali diperkenalkan pada 1976 sebagai model global kedua Honda.

Di Malaysia, Accord pertama kali dilancarkan pada 2001 dan menjadi antara model utama Honda dengan jualan melebihi 84,100 unit

Pada 2017, Honda Malaysia memperkenalkan ciri Keselamatan Lanjutan Generasi Seterusnya, Honda SENSING dalam Accord Generasi ke-9 yang meningkatkan lagi cirinya sebagai model premium.

Model ini telah pun diperkenalkan di peringkat ASEAN di Thailand pada Mac 2019, diikuti dengan Indonesia pada Julai 2019, Filipina pada September dan SIngapura serta Vietnam pada Oktober lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata Accord serba baha ru dengan ciri-ciri teknologi maju yang terkemuka dan kompetitif ditampilkan bagi terus merangsang pasaran dan segmen itu.

“Ciri ini akan menjadi kayu ukur untuk sedan generasi akan datang dengan prestasi yang tidak dapat ditandingi, reka bentuk terbaru dan premium serta teknologi dan ciri keselamatan terkini.

“Accord Generasi ke-10 kini dilengkapi dengan enjin Turbocharged yang dipertingkatkan, yang menjadikan Honda sebagai satu-satunya pengeluar memperkenalkan enjin yang kuat dalam segmen D.

“Kami yakin bahawa model ini akan memberi sesuatu kepada pasaran, terutama mereka yang mencari sedan dengan pakej premium lengkap,” katanya dalam satu kenyataan.

Honda Accord serba baharu bakal menghamburkan 201 PS dan 260 Nm, iaitu 11 PS dan 17 Nm lebih tinggi berbanding varian Thailand dan Indonesia, yang hanya 190 PS pada 5,500 rpm dan 243 Nm dari 1,500 hingga 5,500 rpm, sama dengan talaan bagi CR-V turbo.

Elemen standard termasuklah lampu utama dan lampu belakang LED, Sistem Bantuan Parkir Pintar dengan Bantuan Brek (belakang), sistem kamera 360 darjah pelbagai-pandangan serta Honda LaneWatch,dan versi Malaysia turut diberikan rim aloi 18-inci.

Seperti model semasa, Accord baharu ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan Honda Sensing, dengan Amaran Ketibaan Lorong (LDW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Pengurangan ketibaan Jalan (RDW), Sistem Brek Pengurangan Pelanggaran (CMBS), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW) dan Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC) yang bekerjasama dengan Low Speed Follow (LSF).

Accord 2020 ini juga menerima penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP, dengan didatangkan ciri keselamatan standard termasuk enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ABS, EBD dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan penderia parkir hadapan/belakang.

 

Add Comment